Friday, December 26, 2008

Indoor Games 2008

Seperti biasa, setiap tahun KSB akan menganjurkan Sukan Tertutup sebagai aktiviti sukan tahunan kelab.

Ahli kelab juga telah bertambah secara mendadak dari 294 ahli pada 2007 kepada 470 ahli setakat ini.

Antara acara yang akan dipertandingkan:

1. Badminton
2. Dart
3. Bola Tampar
4. Sepak Takraw

Ahli kelab hanya dibenarkan menyertai tidak melebihi 2 acara.
 Selamat Bertanding dan tunjukkanlah semangat kesukanan yang tinggi!

 

Wednesday, June 25, 2008


.....extracted from 

Futsal KSB SoccerSTAR 2008 kembali juga bulan jun ni..memang bulan jun kali ni demam bola menjadi-jadi..futsal anjuran Kelab Sukan Boustead (KSB) pada 7 Jun 2008 sabtu lepas begitu meriah dengan seharian suntuk kami warga KSB berkampung di SoccerXL, Segambut memperlihatkan gaya lenggok, kelincahan aksi umpama star menandingi kehebatan demam EURO 2008..hehehe..penyertaan acara tahunan ini terdiri daripada pasukan anak syarikat kumpulan Boustead..10 pasukan lelaki dibahagikan kepada 2 kumpulan dan 3 pasukan wanita..pasukan aku, Boustead Information Technology (BIT) bagaimanapun kurang bernasib baik..kalau penyertaan tahun 2007 team aku muncul naib juara, kali ini sekadar berada tempat ke-3 peringkat kelayakan kumpulan dan gagal layak ke separuh akhir..BIT memulakan aksi perlawanan pembukaan bertemu Boustead Holdings Berhad (BHB)..gol minit terakhir BHB mengecewakan BIT dan berkesudahan seri 1-1.. perlawanan kedua, BIT menunjukkan belang membelasah Boustead Heavy Industries Copr. (BHIC) dengan 3-0..perlawanan seterusnya BIT tewas 0-1 kepada juara kumpulan Boustead Curve (BC)..perlawanan terakhir kumpulan bagi menentukan team yang akan mengiringi BC ke slot separuh akhir menjadi rebutan antara BIT dan UAC Berhad (UAC)..BIT amat perlukan kemenangan dan UAC cukup sekadar jika keputusan seri..perlawanan cukup sengit dengan UAC mendahului gol awal sebelum BIT menyamakan kedudukan..dan babak kedua BIT bejaya mendahului melalui tendangan lencong kaki aku..hehehe..nasib sekali lagi tidak menyebelahi kami, gol lewat minit terakhir oleh UAC membuatkan BIT mengigit jari dengan keputusan wisel penamat seri 2-2..kami gagal ke separuh akhir..kejohanan kali ini cukup meriah, memperlihatkan semangat kesukanan dan persahabatan tinggi antara warga kumpulan Boustead..Boustead Curve muncul juara, diikuti Boustead Global Trade Network (BGTN) dan ketiga Boustead Credit SB (BCSB)..bagi wanita, Boustead Shipping Agencies (BSA) muncul juara..

Monday, February 25, 2008

Mesyuarat Agung 2008

Mesyuarat Agung KSB telah diadakan pada 17 April 2008.


Aktiviti kelab sepanjang 2007

1. Kejohanan Bolasepak Liga Damansara. KSB gagal ke separuh akhir.

2. Larian Oren - penyertaan lebih 324 ahli KSB. Syabas!

3. Futsal Tertutup KSB

4. Bowling Tertutup KSB - Pin Junction Cine Leisure

5. Melancong ke Pulau Redang. Lebih 78 ahli & keluarga masing-masing bersantai di Redang Bay Resort.

6. Bola Jaring Terbuka Hulu Langat 

7. Sukan Tertutup KSB 2007 

8. Penyertaan ke Kejohanan Sukan Badan-Badan Berkanun (mewakili LTAT)

9. Persembahan tarian di Annual Dinner LTAT

KSB juga telah menambah baik alatan gym di Kompleks Sukan Menara Boustead dan membeli alatan gym baru yang ditempatkan di Sales Office, Mutiara Damansara untuk kegunaan ahli-ahli KSB terutama mereka yang berkerja di The Curve & Menara UAC, Damansara.
 

Friday, January 25, 2008

Senarai Pemenang KSB Sport Event 2007

Tahniah kepada para pemenang acara sukan tahunan, Kelab Sukan Boustead tahun 2007.

bagi yang kalah, jangan berputus asa. Tahun depan cuba lagi....:-)

Sunday, February 25, 2007

Mesyuarat Agung 2007


Antara aktiviti yang dijalankan oleh Kelab sepanjang 2006....


Thursday, January 25, 2007

Selamat Datang ke Kelab Sukan Boustead KL-Selangor


Salam sejahtera kepada semua ahli KSB dan pembaca blog ini!

Blog ini adalah blog tidak rasmi Kelab Sukan Boustead. Sekiranya anda ingin memberi sumbangan (gambar aktiviti kelab, artikel, maklumat dan sebagainya) atau membuat sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada S/U kelab, Pn Rozita (sesi 2008/2009) di emel rozita.prop [at] boustead.com.my

Atau hubungi mana-mana AJK kelab yang telah dilantik setiap tahun pada Mesyuarat Agung Tahunan.

Atau webmaster di emel hadi.mofadz [at] gmail.com